Hak pekerja tidak terjamin

Episod kali ini membincangkan keadaan hak pekerja di Malaysia dan ruang berpersatuan melalui kesatuan sekerja, bersama tetamu undangan, Adrian Pereira daripada North South Initiative.

Laporan Global Rights Index 2021 menunjukkan suasana hak pekerja di Malaysia merosot, dengan rumusan bahawa hak pekerja tidak terjamin dalam negara. Ini disebabkan kewujudan pelbagai kekangan daripada segenap sudut, termasuk yang membataskan usaha pekerja dalam negara untuk berpersatuan. Ini memberi kesan kepada kuasa permintaan golongan pekerja, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik.

Adrian memberikan gambaran keadaan pekerja di Malaysia, dan juga menjelaskan mengapa usaha secara kelompok sangat penting dalam melindungi kebajikan masyarakat. Ia juga merupakan salah satu saluran demokrasi yang memberikan suara dan perwakilan kepada individu bagi menghadapi kuasa-kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar.

Episod ini turut membincangkan kempen bendera hitam #Lawan, dan kepentingan usaha kolektif seperti itu diadakan secara berterusan. Kita juga melihat perkembangan PKP yang lebih ketat khususnya di lembah Klang, yang akhirnya dapat mengawal penularan Covid-19.

Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di http://www.patreon.com/waroengbaru

Soalan minggu ini: Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli persatuan pekerja?

Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).

Episod ini dirakam pada 3 Julai 2021.

Kandungan episod:

Pengenalan Adrian Pereira00:18.1
Kempen #lawan dan bendera hitam05:20.5
PKPD di Selangor dan lembah Klang11:28.4
Indeks Global Rights23:35.7
Usaha union-busting25:22.5
Kenapa perlu kesatuan sekerja30:04.7
Hak buruh juga isu politik36:42.0
Kenapa union cuba dilemahkan39:06.6
Menuntut gaji bermaruah43:52.5
Suasana pemerdagangan manusia di Malaysia yang merosot45:40.2
Orang Malaysia tak nak buat kerja 3D49:59.9
Kebergantungan kepada tenaga kerja luar yang merugikan59:07.2
Contoh kesatuan yang berjaya06:19.8
Maklumat lanjut tentang hak dan kesatuan sekerja09:14.6
Sumbang ke Waroeng Baru19:45.7
Pilihan minggu ini20:44.5

Rujukan:

Waroeng Baru menyokong kempen #Lawan

PKPD Lembah Klang

PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpd-ini-perkara-yang-boleh-dan-tidak-boleh-dilakukan-306173

Pemulih a temporary relief, more has to be done: Samenta

https://www.thesundaily.my/local/pemulih-a-temporary-relief-more-has-to-be-done-samenta-XD8014132

Hak-hak pekerja

Global Rights Index 2021: Malaysia

https://www.globalrightsindex.org/en/2021/countries/mys

Peranan Kesatuan Sekerja
https://tradeunion.org.my/peranan-kesatuan-sekerja/

Soalan lazim perlindungan pekerja

https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/pertanyaan/faq?boxed=1

10 undang-undang pekerja yang anda perlu tahu

https://iluminasi.com/bm/10-hak-undang-undang-pekerja-di-malaysia-yang-anda-wajib-tahu.html

From ‘Outlandish’ To Reality: How The Fight For $15 Was Won In Chicago

https://www.wbez.org/stories/from-outlandish-to-reality-how-the-fight-for-15-was-won-in-chicago/e971b014-1f8b-4015-b318-713de8539fd5

Could young workers change the future of labour?

https://www.bbc.com/worklife/article/20201203-could-young-workers-reshape-labour-unions

Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: