Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa

Kerajaan baru perlu diabsahkan kepada warga dan dibenarkan ruang bekerja dan pengukuhan. Ini asas-asas utama agar urusan pentadbiran berjalan lancar tanpa gangguan. Kerajaan campuran yang ditubuhkan terdiri dari wakil hampir lebih 65% pengundi dari seluruh Malaysia, namun dengan perbezaan pandangan, pengalaman dan pendirian politik antara anggota gabungan, sebuah tempoh penyesuaian diperlukan agar ia mampu berfungsiContinue reading “Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa”

PRU 15 Kita Tolak Pedagang Benci

Sebuah kerajaan yang baik perlu membangunkan keseluruhan masyarakat, bukannya mengapi-apikan antara satu sama lain.  Kerajaan yang baik juga perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menangani isu yang melanda berdasarkan ilmu dan pengalaman mentadbir, bukannya mengalihkan tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.

Nak ke Manifesto [Bhg. 2]

Dalam bahagian ini, kita selami kandungan Tawaran Harapan yang dikemukakan untuk PRU 15.  Apakah keutamaan dan pendekatan yang disampaikan Pakatan Harapan kepada pengundi, dan adakah ia benar-benar mampu dilaksanakan. Anggota jawatankuasa Tawaran Harapan Iskandar Fareez memberi penjelasan tentang dokumen ini dalam soal jawab kali ini.  Baca Tawaran Harapan dengan lebih lanjut di http://www.kitaboleh.my/PRU15 Jika andaContinue reading “Nak ke Manifesto [Bhg. 2]”

Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]

Rakyat pasti mengharapkan kerajaan bijak menjalankan tugas, namun apakah kayu ukur yang boleh kita gunakan? Pada kebiasaanya, parti-parti politik akan memperkenalkan manifesto yang memberikan komitmen dan keutamaan mereka untuk tatapan rakyat. Namun kerana tahap kepercayaan yang rendah dan rekod perlaksanaan yang tidak memuaskan, rakyat tidak semestinya mudah mempercayai janji-janji tersebut. Maka sejauh manakah manifesto pilihanContinue reading “Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]”

Inovasi pasaran rumah sewa diperlukan untuk sediakan kediaman rakyat

Meskipun masih terdapat lambakan rumah tidak terjual sebanyak lebih 35 ribu unit bernilai RM 22.45 bilion , harga rumah masih lagi stabil. Pusat Maklumat Harta Tanah Negara melaporkan setakat suku kedua 2022, harga rumah meningkat 0.5% tahun-ke-tahun, dan purata harga rumah di Malaysia ialah RM439,084. Ini bermaksud harga rumah masih lagi di tahap sangat tidakContinue reading “Inovasi pasaran rumah sewa diperlukan untuk sediakan kediaman rakyat”

Kediaman untuk semua, bukan pinjaman rumah

Adakah dasar kerajaan yang telah diperkenalkan atau akan dijanjikan sewaktu kempen PRU-15 benar-benar menepati keperluan perumahan rakyat Malaysia? Pemilikan rumah, dan pemudahcaraan pemilikan rumah melalui program seperti sewa untuk beli (rent-to-own),  insentif tunai pembelian rumah berharga mampu di lokasi pinggiran, dan pelanjutan tempoh pinjaman dari maksimum 35 tahun tampak wajar, namun adakah ia menyelesaikan masalahContinue reading “Kediaman untuk semua, bukan pinjaman rumah”

Rumah tidak terjual mahal dan terpencil, ramai selesa menyewa

Adakah harga rumah di Malaysia terlampau tinggi? Ya, menurut kajian Bank Negara Malaysia (PDF). Harga rumah di seluruh negara kecuali negeri Melaka, diklasifikasikan ‘sangat tidak mampu milik’ (seriously unaffordable) atau ‘amatlah tidak mampu milik’ (severly unaffordable). Dapatan ini berdasarkan kaedah pekali menengah (median multiple) yang membandingkan harga rumah median dengan pendapatan tahunan median. Nilai pekaliContinue reading “Rumah tidak terjual mahal dan terpencil, ramai selesa menyewa”

Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 1]

Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggagaskan 5 dasar perumahan bagi memenuhi keperluan semasa.   Secara amnya, dasar-dasar ini bertumpu kepada pemilikan rumah, dan penyediaan stok-stok rumah yang bersesuaian mengikut peredaran zaman. Pada masa yang sama juga, dasar-dasar ini telah memangkinkan perkembangan sektor pembinaan perumahan swasta sehingga ke hari ini, di mana terdapat lambakan hartanah di pasaran.Continue reading “Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 1]”

Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19

Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19? Sejak badai COVIID-19 melanda, keadaan ekonomi negara telah merosot. Seperti yang pernah dibahas dalam episod terdahulu, paras gaji pekerja telah menurun sebanyak 10% tahun lepas, dan selain itu sumbangan industri kecil sederhana (IKS) kepada ekonomi juga telah menurun 7.3% tahun lalu. Kelangsungan IKSContinue reading “Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19”

3 Isu Mesti Tahu: Kerjasama untuk siapa?

Kerjasama rentas kerajaan bawa apa? Pemimpin tertinggi PH telah bertemu dengan Ismail Sabri untuk berbincang tentang kerjasama rentas parti. PH kemudiannya menyatakan pendirian untuk tidak mempersulitkan undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri di Parlimen. Pada masa yang sama, kabinet ‘baru’ yang diumumkan membariskan muka-muka yang sama seperti kabinet Perikatan Nasional yang sama, kecuali dua tigaContinue reading “3 Isu Mesti Tahu: Kerjasama untuk siapa?”