Nak ke Manifesto [Bhg. 2]

Dalam bahagian ini, kita selami kandungan Tawaran Harapan yang dikemukakan untuk PRU 15.  Apakah keutamaan dan pendekatan yang disampaikan Pakatan Harapan kepada pengundi, dan adakah ia benar-benar mampu dilaksanakan. Anggota jawatankuasa Tawaran Harapan Iskandar Fareez memberi penjelasan tentang dokumen ini dalam soal jawab kali ini.  Baca Tawaran Harapan dengan lebih lanjut di http://www.kitaboleh.my/PRU15 Jika andaContinue reading “Nak ke Manifesto [Bhg. 2]”

Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]

Rakyat pasti mengharapkan kerajaan bijak menjalankan tugas, namun apakah kayu ukur yang boleh kita gunakan? Pada kebiasaanya, parti-parti politik akan memperkenalkan manifesto yang memberikan komitmen dan keutamaan mereka untuk tatapan rakyat. Namun kerana tahap kepercayaan yang rendah dan rekod perlaksanaan yang tidak memuaskan, rakyat tidak semestinya mudah mempercayai janji-janji tersebut. Maka sejauh manakah manifesto pilihanContinue reading “Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]”

Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 1]

Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggagaskan 5 dasar perumahan bagi memenuhi keperluan semasa.   Secara amnya, dasar-dasar ini bertumpu kepada pemilikan rumah, dan penyediaan stok-stok rumah yang bersesuaian mengikut peredaran zaman. Pada masa yang sama juga, dasar-dasar ini telah memangkinkan perkembangan sektor pembinaan perumahan swasta sehingga ke hari ini, di mana terdapat lambakan hartanah di pasaran.Continue reading “Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 1]”

Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19

Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19? Sejak badai COVIID-19 melanda, keadaan ekonomi negara telah merosot. Seperti yang pernah dibahas dalam episod terdahulu, paras gaji pekerja telah menurun sebanyak 10% tahun lepas, dan selain itu sumbangan industri kecil sederhana (IKS) kepada ekonomi juga telah menurun 7.3% tahun lalu. Kelangsungan IKSContinue reading “Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19”

Maksud sebuah parlimen dan reformasi yang dinantikan

Setelah berbulan menanti parlimen buka, ia dibuka dan ditutup dalam masa seminggu dan disusuli perubahan kerajaan dalam masa seminggu. Pada masa yang sama, perubahan perdana menteri pula berlaku hampir keseluruhannya disebabkan aktiviti luar parlimen, dan keputusan-keputusan yang dibuat sejak awal tahun ini masih belum dapat diperbahaskan dengan khusus. Episod kali ini menampilkan Idzuafi Hadi Kamilan,Continue reading “Maksud sebuah parlimen dan reformasi yang dinantikan”

Hak pekerja tidak terjamin

Episod kali ini membincangkan keadaan hak pekerja di Malaysia dan ruang berpersatuan melalui kesatuan sekerja, bersama tetamu undangan, Adrian Pereira daripada North South Initiative. Laporan Global Rights Index 2021 menunjukkan suasana hak pekerja di Malaysia merosot, dengan rumusan bahawa hak pekerja tidak terjamin dalam negara. Ini disebabkan kewujudan pelbagai kekangan daripada segenap sudut, termasuk yangContinue reading “Hak pekerja tidak terjamin”

Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja

Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu ini skim kontrak ini dan ketidaktentuan pekerjaan dan peluang khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun, dan dengan keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktorContinue reading “Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja”