Untuk Mulakan Pembaharuan, Kerajaan Perlukan Kestabilan
Belum sempat kerusi Perdana Menteri panas, sudah mula operasi menjatuhkan kerajaan hari ini. Segala nama dan konsep keji digunakan, semata-mata bagi menafikan keabsahan pentadbiran baru ini. Mungkin kerana sudah terbiasa melakukan usaha begitu, pihak pembangkang hari ini cenderung untuk merampas kuasa daripada menjadi kuasa semak imbang.
Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa
Kerajaan baru perlu diabsahkan kepada warga dan dibenarkan ruang bekerja dan pengukuhan. Ini asas-asas utama agar urusan pentadbiran berjalan lancar tanpa gangguan. Kerajaan campuran yang ditubuhkan terdiri dari wakil hampir lebih 65% pengundi dari seluruh Malaysia, namun dengan perbezaan pandangan, pengalaman dan pendirian politik antara anggota gabungan, sebuah tempoh penyesuaian diperlukan agar ia mampu berfungsi…
PRU 15 Kita Tolak Pedagang Benci
Sebuah kerajaan yang baik perlu membangunkan keseluruhan masyarakat, bukannya mengapi-apikan antara satu sama lain. Kerajaan yang baik juga perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menangani isu yang melanda berdasarkan ilmu dan pengalaman mentadbir, bukannya mengalihkan tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.
Nak ke Manifesto [Bhg. 2]
Dalam bahagian ini, kita selami kandungan Tawaran Harapan yang dikemukakan untuk PRU 15. Apakah keutamaan dan pendekatan yang disampaikan Pakatan Harapan kepada pengundi, dan adakah ia benar-benar mampu dilaksanakan. Anggota jawatankuasa Tawaran Harapan Iskandar Fareez memberi penjelasan tentang dokumen ini dalam soal jawab kali ini. Baca Tawaran Harapan dengan lebih lanjut di http://www.kitaboleh.my/PRU15 Jika anda…
Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]
Rakyat pasti mengharapkan kerajaan bijak menjalankan tugas, namun apakah kayu ukur yang boleh kita gunakan? Pada kebiasaanya, parti-parti politik akan memperkenalkan manifesto yang memberikan komitmen dan keutamaan mereka untuk tatapan rakyat. Namun kerana tahap kepercayaan yang rendah dan rekod perlaksanaan yang tidak memuaskan, rakyat tidak semestinya mudah mempercayai janji-janji tersebut. Maka sejauh manakah manifesto pilihan…
Loading…
Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.
Langgan segera
Dapatkan informasi terkini secara langsung melalui email
Karya-karya Waroeng Baru dilesenkan di bawah Lesen Atribusi 4.0 Antarabangsa Creative Commons.