Untuk Mulakan Pembaharuan, Kerajaan Perlukan Kestabilan

Belum sempat kerusi Perdana Menteri panas, sudah mula operasi menjatuhkan kerajaan hari ini. Segala nama dan konsep keji digunakan, semata-mata bagi menafikan keabsahan pentadbiran baru ini. Mungkin kerana sudah terbiasa melakukan usaha begitu, pihak pembangkang hari ini cenderung untuk merampas kuasa daripada menjadi kuasa semak imbang.

Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa

Kerajaan baru perlu diabsahkan kepada warga dan dibenarkan ruang bekerja dan pengukuhan. Ini asas-asas utama agar urusan pentadbiran berjalan lancar tanpa gangguan. Kerajaan campuran yang ditubuhkan terdiri dari wakil hampir lebih 65% pengundi dari seluruh Malaysia, namun dengan perbezaan pandangan, pengalaman dan pendirian politik antara anggota gabungan, sebuah tempoh penyesuaian diperlukan agar ia mampu berfungsiContinue reading “Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa”

PRU 15 Kita Tolak Pedagang Benci

Sebuah kerajaan yang baik perlu membangunkan keseluruhan masyarakat, bukannya mengapi-apikan antara satu sama lain.  Kerajaan yang baik juga perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menangani isu yang melanda berdasarkan ilmu dan pengalaman mentadbir, bukannya mengalihkan tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.

Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]

Rakyat pasti mengharapkan kerajaan bijak menjalankan tugas, namun apakah kayu ukur yang boleh kita gunakan? Pada kebiasaanya, parti-parti politik akan memperkenalkan manifesto yang memberikan komitmen dan keutamaan mereka untuk tatapan rakyat. Namun kerana tahap kepercayaan yang rendah dan rekod perlaksanaan yang tidak memuaskan, rakyat tidak semestinya mudah mempercayai janji-janji tersebut. Maka sejauh manakah manifesto pilihanContinue reading “Nak ke Manifesto? [Bahagian 1]”

3 Isu Mesti Tahu: Kerjasama untuk siapa?

Kerjasama rentas kerajaan bawa apa? Pemimpin tertinggi PH telah bertemu dengan Ismail Sabri untuk berbincang tentang kerjasama rentas parti. PH kemudiannya menyatakan pendirian untuk tidak mempersulitkan undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri di Parlimen. Pada masa yang sama, kabinet ‘baru’ yang diumumkan membariskan muka-muka yang sama seperti kabinet Perikatan Nasional yang sama, kecuali dua tigaContinue reading “3 Isu Mesti Tahu: Kerjasama untuk siapa?”

Maksud sebuah parlimen dan reformasi yang dinantikan

Setelah berbulan menanti parlimen buka, ia dibuka dan ditutup dalam masa seminggu dan disusuli perubahan kerajaan dalam masa seminggu. Pada masa yang sama, perubahan perdana menteri pula berlaku hampir keseluruhannya disebabkan aktiviti luar parlimen, dan keputusan-keputusan yang dibuat sejak awal tahun ini masih belum dapat diperbahaskan dengan khusus. Episod kali ini menampilkan Idzuafi Hadi Kamilan,Continue reading “Maksud sebuah parlimen dan reformasi yang dinantikan”

YDPA Melindungi Keluhuran Perlembagaan Dalam Kacau-bilau Politik

Pengalaman 17 bulan sejak Februari 2020 ini memberi kita pengalaman cukup perit akan akibat memiliki pemimpin yang terlalu bergantung kepada sokongan politik dari luar, yang akhirnya terungkai dengan sendirinya. Apatah lagi jika suasana yang diulangi dengan pemain-pemain yang sama, mengulangi pergelutan yang sama, cuma kepalanya diganti.  Yang di-Pertuan Agong, dan Majlis Raja-raja ialah benteng ampuhContinue reading “YDPA Melindungi Keluhuran Perlembagaan Dalam Kacau-bilau Politik”

Pemilihan Perdana Menteri Perlu Cerminkan Norma Baru Politik

Sudah dua hari kita tanpa sebuah kerajaan yang lengkap. Kita ada Perdana Menteri Pemangku, Mahiaddin Yassin, yang tugasnya ialah memastikan pentadbiran terus berjalan lancar dan tidak membuat sebarang keputusan dasar yang baru, di samping Ketua Setiausaha Negara memberikan jaminan bahawa fungsi-fungsi kementerian tidak akan terganggu sepanjang proses pemilihan Perdana Menteri yang baru berlangsung. Setakat ini,Continue reading “Pemilihan Perdana Menteri Perlu Cerminkan Norma Baru Politik”

Matinya Suara Rakyat

Sistem demokrasi yang kita amal ini bukanlah sekadar perhiasan. Tunjang utama sistem ini adalah setiap warga mempunyai hak demokratik dan harus proaktif untuk memastikan wujudnya keadilan dan memastikan kehidupan yang terbaik untuk semua. Peluang untuk bersuara harus diwujudkan dan diberikan, dan peluang itu pula harus diguna pakai untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan terlaksana.