Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja

Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu ini skim kontrak ini dan ketidaktentuan pekerjaan dan peluang khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun, dan dengan keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktorContinue reading “Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja”

Darurat YAB PM Yang Berpandangan Jauh (Abah Serba Tahu)

Terbuktilah kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam memohon deklarasi darurat awal tahun ini. Perdana Menteri kita telah memandang lebih jauh bagi menyediakan rakyat jelata akan suasana COVID-19 yang semakin marak. Kita orang biasa yang pendek akalnya mungkin menyangka setelah setahun masalah Covid ini dapat dikawal, namun jelas kita salah.

Berlaku adillah kepada pekerja ekonomi gig

Oleh Lutfi Hakim Ariff Tidak lama dulu, hanya terdapat satu nombor telefon yang perlu dihafal untuk pesanan makanan. Tidak susah untuk ingat nombor talian tersebut kerana terdapat lagu iklan yang sering dimainkan di tetuang radio pada waktu itu. Bilangan digit dalam nombor telefon itu pun kurang daripada sekarang dan berpadan dengan baik dengan melodi yangContinue reading “Berlaku adillah kepada pekerja ekonomi gig”

Menghindar malap kita

Malaysia perlu melabur dalam industri untuk mencipta peluang pekerjaan yang dicari oleh warga Malaysia. Kita perlu mengukuhkan sektor-sektor strategik tempatan kita, seperti pemakanan, pembuatan, pertahanan, penjanaan kuasa alternatif, pengangkutan awam, dan pendidikan, yang bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetapi turut memastikan kita membangun secara mampan, dan tidak semata-mata berasaskan kos pembuatan terendah.

Tuhan dan Transgender

Transgender, seperti juga manusia lainnya sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Sekalipun sepanjang hidup, mereka didosakan oleh masyarakat tetapi Tuhan tetap hadir kepada mereka dengan caranya yang tersendiri. Tidak sedikit rakan-rakan transgender yang saya temui bersolat, membaca Al-Quran dan melazimi ritual-ritual agama lainnya. Kasih-sayang Tuhan dirasakan dengan adanya doa-doa mereka yang terjawab, mungkin itulah tanda Tuhan menerima mereka walaupun kebanyakan manusia mencemuh dan memandang hina mereka.

Masa Depan Bersama COVID-19

Wabak COVID-19 tidak akan serta merta hilang di hujung 2020, dan pemulihan penuh dijangka akan mengambil masa jauh lebih lama. Memandangkan ini tempoh yang lama, kita perlu pertimbangkan sebuah kehidupan bersama dengan COVID-19. Ini bermaksud kita tidak menanti virus ini lenyap sebelum membenarkan aktiviti-aktiviti kehidupan manusia, tetapi mengamalkan langkah-langkah bagi mengelakkan ia daripada merebak secara tidak terkawal.

Matinya Suara Rakyat

Sistem demokrasi yang kita amal ini bukanlah sekadar perhiasan. Tunjang utama sistem ini adalah setiap warga mempunyai hak demokratik dan harus proaktif untuk memastikan wujudnya keadilan dan memastikan kehidupan yang terbaik untuk semua. Peluang untuk bersuara harus diwujudkan dan diberikan, dan peluang itu pula harus diguna pakai untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan terlaksana.

Apa yang selesai bila kita hanya berbetah?

Masalah masyarakat tidak terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan salah laku, kepercayaan, dan kecenderungan individu.

Susun atur yang lebih besar yang membuatkan ketidakseimbangan dan kerentanan dalam komuniti berterusan juga perlu dihadapi, atau setidak-tidak diperdebatkan dengan jujur.