Sebuah kerajaan yang baik perlu membangunkan keseluruhan masyarakat, bukannya mengapi-apikan antara satu sama lain. Kerajaan yang baik juga perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menangani isu yang melanda berdasarkan ilmu dan pengalaman mentadbir, bukannya mengalihkan tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.
Category Archives: Lutfi Hakim Ariff
Berlaku adillah kepada pekerja ekonomi gig
Oleh Lutfi Hakim Ariff Tidak lama dulu, hanya terdapat satu nombor telefon yang perlu dihafal untuk pesanan makanan. Tidak susah untuk ingat nombor talian tersebut kerana terdapat lagu iklan yang sering dimainkan di tetuang radio pada waktu itu. Bilangan digit dalam nombor telefon itu pun kurang daripada sekarang dan berpadan dengan baik dengan melodi yangContinue reading “Berlaku adillah kepada pekerja ekonomi gig”
Menghindar malap kita
Malaysia perlu melabur dalam industri untuk mencipta peluang pekerjaan yang dicari oleh warga Malaysia. Kita perlu mengukuhkan sektor-sektor strategik tempatan kita, seperti pemakanan, pembuatan, pertahanan, penjanaan kuasa alternatif, pengangkutan awam, dan pendidikan, yang bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetapi turut memastikan kita membangun secara mampan, dan tidak semata-mata berasaskan kos pembuatan terendah.
Masa Depan Bersama COVID-19
Wabak COVID-19 tidak akan serta merta hilang di hujung 2020, dan pemulihan penuh dijangka akan mengambil masa jauh lebih lama. Memandangkan ini tempoh yang lama, kita perlu pertimbangkan sebuah kehidupan bersama dengan COVID-19. Ini bermaksud kita tidak menanti virus ini lenyap sebelum membenarkan aktiviti-aktiviti kehidupan manusia, tetapi mengamalkan langkah-langkah bagi mengelakkan ia daripada merebak secara tidak terkawal.
Lindungi ekonomi sebenar negara
Suntikan perbelanjaan harus segera dilakukan bagi memastikan perniagaan-perniagaan kita dapat terus hidup, dan pekerjaan-pekerjaan dilindungi.
Apa yang selesai bila kita hanya berbetah?
Masalah masyarakat tidak terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan salah laku, kepercayaan, dan kecenderungan individu.
Susun atur yang lebih besar yang membuatkan ketidakseimbangan dan kerentanan dalam komuniti berterusan juga perlu dihadapi, atau setidak-tidak diperdebatkan dengan jujur.