Belum sempat kerusi Perdana Menteri panas, sudah mula operasi menjatuhkan kerajaan hari ini. Segala nama dan konsep keji digunakan, semata-mata bagi menafikan keabsahan pentadbiran baru ini. Mungkin kerana sudah terbiasa melakukan usaha begitu, pihak pembangkang hari ini cenderung untuk merampas kuasa daripada menjadi kuasa semak imbang.
Category Archives: Penulisan
PRU 15 Kita Tolak Pedagang Benci
Sebuah kerajaan yang baik perlu membangunkan keseluruhan masyarakat, bukannya mengapi-apikan antara satu sama lain. Kerajaan yang baik juga perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menangani isu yang melanda berdasarkan ilmu dan pengalaman mentadbir, bukannya mengalihkan tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.
Aidiladha: memaknakan ritual korban di zaman penuh penderitaan
Hari ini, kita menyambut Aidiladha dalam suasana yang berbeza. Tidak seperti tahun-tahun kebelakang yang menyaksikan jutaan umat Islam dari segenap penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah untuk melaksanakan rukun Islam kelima tersebut. Tidak kalah meriah, di masjid, surau serta dewan orang ramai di tempat kediaman kita, deretan lembu, kambing dan unta beraturContinue reading “Aidiladha: memaknakan ritual korban di zaman penuh penderitaan”
Darurat YAB PM Yang Berpandangan Jauh (Abah Serba Tahu)
Terbuktilah kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam memohon deklarasi darurat awal tahun ini. Perdana Menteri kita telah memandang lebih jauh bagi menyediakan rakyat jelata akan suasana COVID-19 yang semakin marak. Kita orang biasa yang pendek akalnya mungkin menyangka setelah setahun masalah Covid ini dapat dikawal, namun jelas kita salah.
Berlaku adillah kepada pekerja ekonomi gig
Oleh Lutfi Hakim Ariff Tidak lama dulu, hanya terdapat satu nombor telefon yang perlu dihafal untuk pesanan makanan. Tidak susah untuk ingat nombor talian tersebut kerana terdapat lagu iklan yang sering dimainkan di tetuang radio pada waktu itu. Bilangan digit dalam nombor telefon itu pun kurang daripada sekarang dan berpadan dengan baik dengan melodi yangContinue reading “Berlaku adillah kepada pekerja ekonomi gig”
Menghindar malap kita
Malaysia perlu melabur dalam industri untuk mencipta peluang pekerjaan yang dicari oleh warga Malaysia. Kita perlu mengukuhkan sektor-sektor strategik tempatan kita, seperti pemakanan, pembuatan, pertahanan, penjanaan kuasa alternatif, pengangkutan awam, dan pendidikan, yang bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetapi turut memastikan kita membangun secara mampan, dan tidak semata-mata berasaskan kos pembuatan terendah.
Masa Depan Bersama COVID-19
Wabak COVID-19 tidak akan serta merta hilang di hujung 2020, dan pemulihan penuh dijangka akan mengambil masa jauh lebih lama. Memandangkan ini tempoh yang lama, kita perlu pertimbangkan sebuah kehidupan bersama dengan COVID-19. Ini bermaksud kita tidak menanti virus ini lenyap sebelum membenarkan aktiviti-aktiviti kehidupan manusia, tetapi mengamalkan langkah-langkah bagi mengelakkan ia daripada merebak secara tidak terkawal.
Lindungi ekonomi sebenar negara
Suntikan perbelanjaan harus segera dilakukan bagi memastikan perniagaan-perniagaan kita dapat terus hidup, dan pekerjaan-pekerjaan dilindungi.
Matinya Suara Rakyat
Sistem demokrasi yang kita amal ini bukanlah sekadar perhiasan. Tunjang utama sistem ini adalah setiap warga mempunyai hak demokratik dan harus proaktif untuk memastikan wujudnya keadilan dan memastikan kehidupan yang terbaik untuk semua. Peluang untuk bersuara harus diwujudkan dan diberikan, dan peluang itu pula harus diguna pakai untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan terlaksana.
Reformasi Fiqh Siyasah dan Perlindungan Terhadap Minoriti
Pentafsiran keagamaan sangat bergantung kepada ilmu, pengalaman dan bagaimana kita melihat apa yang ada di sekitar kita.