Aidiladha: memaknakan ritual korban di zaman penuh penderitaan

Hari ini, kita menyambut Aidiladha dalam suasana yang berbeza. Tidak seperti tahun-tahun kebelakang yang menyaksikan jutaan umat Islam dari segenap penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah untuk melaksanakan rukun Islam kelima tersebut. Tidak kalah meriah, di masjid, surau serta dewan orang ramai di tempat kediaman kita, deretan lembu, kambing dan unta beraturContinue reading “Aidiladha: memaknakan ritual korban di zaman penuh penderitaan”

Tuhan dan Transgender

Transgender, seperti juga manusia lainnya sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Sekalipun sepanjang hidup, mereka didosakan oleh masyarakat tetapi Tuhan tetap hadir kepada mereka dengan caranya yang tersendiri. Tidak sedikit rakan-rakan transgender yang saya temui bersolat, membaca Al-Quran dan melazimi ritual-ritual agama lainnya. Kasih-sayang Tuhan dirasakan dengan adanya doa-doa mereka yang terjawab, mungkin itulah tanda Tuhan menerima mereka walaupun kebanyakan manusia mencemuh dan memandang hina mereka.