Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa

Kerajaan baru perlu diabsahkan kepada warga dan dibenarkan ruang bekerja dan pengukuhan. Ini asas-asas utama agar urusan pentadbiran berjalan lancar tanpa gangguan.

Kerajaan campuran yang ditubuhkan terdiri dari wakil hampir lebih 65% pengundi dari seluruh Malaysia, namun dengan perbezaan pandangan, pengalaman dan pendirian politik antara anggota gabungan, sebuah tempoh penyesuaian diperlukan agar ia mampu berfungsi dengan baik.

 Pecahan undi PRU 15

Pada masa yang sama, kerja-kerja meruntuhkan tapak kerajaan giat berlaku, bukan dalam gelap, tetapi secara terang-terangan. Kerajaan PM Anwar digelar pelbagai nama: kerajaan zina, kerajaan PH-DAP,  dan macam-macam lagi adu domba. Ini semua menurut skrip lazim mereka, pasti, iaitu Islam dalam bahaya, Melayu hilang tempat dalam negara sendiri,  Israel bakal menguasai Malaysia, dan seterusnya. Ini usaha pembohongan massa.

Kita sudah pernah lihat lagu-lagu ini didendangkan pada tahun 2019 sehingga tumbangnya kerajaan PH dengan Langkah Sheraton pada 2020. Apa berlaku setelah itu? Semua tuntutan, tuduhan, ancaman serta-merta hilang, selama hampir tiga tahun, sehinggalah YDPA melantik Anwar Ibrahim sebagai pemimpin baru dalam kerajaan campuran Khamis lalu.

Ini bukan tindakan melulu, tetapi jelas terancang dan mencuba timbulkan keresahan warga berbangsa Melayu dan beragama Islam khususnya. Untuk tujuan apa? Agar menjadi alasan untuk pihak-pihak yang bertanggungjawab menggulingkan kerajaan dan mengambil alih tampuk pentadbiran. Mereka mahu gunakan ketakutan yang mereka semai sebagai pembuka jalan untuk operasi politik yang di penghujungnya mereka dianggap wira bangsa dan agama.

Ini yang kita semua perlu sedari. Pelanduk mungkin lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Segala saluran yang ada akan digunakan untuk melempar seratus macam tuduhan, dilinciri wang ribuan ringgit. Medan ilmu dan ibadah sewenang-wenangnya dijadikan ruang untuk menyampaikan kata-kata kebencian, dan melabelkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan pegangan pelampau politik sebagai “liberal”, “anti-Islam”, “agen Amerika” dan sebagainya.

Bila diminta bukti tentang apa yang mereka katakan, jelas sekali mereka tidak punya. Apabila ditunjuk bukti bahawa kata-kata mereka itu batil, pelampau politik tidak mahu menerimanya.  Contohnya, azan di negeri Pulau Pinang. Walaupun setiap hari, azan berkumandang setiap lima waktu, golongan ini masih sebarkan pembohongan bahawa syiar Islam dilarang.

Tanggungjawab kita sebagai warga ialah untuk tolak pelampau politik daripada mendapat ruang berbicara dan menyampaikan dakyah mereka. Jika kita dengar satu-satu berita yang bunyinya menggambarkan agama dan bangsa dalam keadaan yang sangat terancam, sama ada melalui whatsapp, FB, tiktok, mahupun ceramah sekalipun,  itu sudah satu petanda.

Tegur rakan-rakan dan ahli keluarga yang berkongsi maklumat sebegini, kerana mereka mungkin kurang arif tentang strategi golongan ini. Pada masa yang sama, kita juga boleh bantu jernihkan suasana dengan mengongsikan maklumat dari sumber-sumber yang sahih dan benar.

Jika ada yang keterlaluan dalam menyebarkan virus kebencian, laporkan kepada pihak berkuasa. Virus ini berbahaya bukan sahaja kepada kestabilan kerajaan baru, tetapi juga terhadap kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Kita harus, malah perlu berani menyatakan bahawa Malaysia yang kita mahu bina berasaskan kebersamaan dan kepelbagaian, dan bukannya kerakusan kuasa dan curiga terhadap orang berlainan bangsa, agama, dan pendirian politik.

One thought on “Pelampau Politik Mula Mencari Mangsa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: