Inovasi pasaran rumah sewa diperlukan untuk sediakan kediaman rakyat

Meskipun masih terdapat lambakan rumah tidak terjual sebanyak lebih 35 ribu unit bernilai RM 22.45 bilion , harga rumah masih lagi stabil.

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara melaporkan setakat suku kedua 2022, harga rumah meningkat 0.5% tahun-ke-tahun, dan purata harga rumah di Malaysia ialah RM439,084.

Ini bermaksud harga rumah masih lagi di tahap sangat tidak mampu dimiliki oleh majoriti warga Malaysia, seperti dijelaskan dalam artikel terdahulu. Ini disulitkan lagi oleh kesukaran ramai warga pekerja kontrak dan freelance untuk mendapatkan pinjaman perumahan dari bank, khususnya dalam kalangan golongan muda.

Justeru, penyediaan stok rumah sewa yang mencukupi dan stabil penting untuk memastikan setiap penduduk mampu mendapatkan kediaman yang baik dan selamat.

Kerajaan telah memberikan insentif dari segi pelepasan cukai untuk kos-kos penyewaan seperti perbelanjaan pembayaran faedah pinjaman, agen penyewaan, dan insurans kepada pemilik rumah untuk menggalakkan penyewaan rumah.

“Insentif lain yang kreatif dan inovatif juga boleh diperkenalkan untuk menggalakkan pemilik hartanah sewakan dan kurangkan lambakan rumah tidak terjual,” kata Fikri Fisal, penyelidik dari The Centre, kepada Waroeng Baru dalam episode podcast terkini.

Dengar episod terkini bersama Fikri
Fikri Fisal, penyelidik The Centre

“Contohnya, kita boleh amalkan pembangunan bina-untuk-sewa (build-to-rent) agar jumlah rumah tidak terjual tidak bertambah,” jelas Fikri. Melalui pembangunan bina-untuk-sewa, pemaju membina rumah untuk disewakan, yang menggalakkan mereka berikan syarat yang lebih mesra penyewa, seperti tempoh penyewaan yang lebih lama dan had kenaikan sewa, kebenaran untuk mengubahsuai rumah dan membela binatang peliharaan.

“Ia tidak semestinya dilakukan oleh pihak korporat,” tambah Fikri, “badan bukan untuk keuntungan seperti yayasan, persatuan perumahan, malah lembaga-lembaga zakat juga boleh, seperti yang berlaku di negara-negara dengan pasaran hartanah matang seperti di Amerika Syarikat, UK, dan Eropah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: