Rumah tidak terjual mahal dan terpencil, ramai selesa menyewa

Adakah harga rumah di Malaysia terlampau tinggi?

Ya, menurut kajian Bank Negara Malaysia (PDF). Harga rumah di seluruh negara kecuali negeri Melaka, diklasifikasikan ‘sangat tidak mampu milik’ (seriously unaffordable) atau ‘amatlah tidak mampu milik’ (severly unaffordable).

Sumber: BNM

Dapatan ini berdasarkan kaedah pekali menengah (median multiple) yang membandingkan harga rumah median dengan pendapatan tahunan median. Nilai pekali ini untuk Malaysia secara keseluruhan ialah 4.7 pada tahun 2020, peningkatan 0.6 mata dari 2019.

“Ini menunjukkan harga rumah terlalu mahal untuk kebanyakan penduduk,” Fikri Fisal, pengkaji dari pusat kajian The Centre, memberitahu Waroeng. “Ini memerlukan tindakan dari kerajaan untuk mententeramkan (cool down) harga rumah bukan semakin merancakkan, lebih-lebih lagi dengan lambakan stok perumahan tidak terjual semasa.”

Fikri Fisal, The Centre

Fikri juga menjelaskan dasar-dasar perumahan sebelum ini disasarkan terhadap penyediaan stok perumahan yang sedikit pada waktu itu, namun perhatian juga kini diperlukan kepada memperbaiki perlindungan yang diberikan kepada golongan penyewa.

“Kerana paras gaji yang rendah, corak pekerjaan yang tidak menentu dan kebolehsampaian lokasi rumah, kajian kami menunjukkan semakin ramai akan memilih untuk menyewa dari mengambil pinjaman untuk membeli rumah,” kata Fikri.

“Penambahbaikan undang-undang yang melindungi penyewa diperlukan bukan kerana tuan rumah jahat, tetapi untuk memastikan ada kejelasan hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak menurut undang-undang dan mengurangkan kekaburan.

Dengar bahagian pertama sesi Waroeng Baru bersama Fikri:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: