Ekonomi yang kita perlukan selepas badai COVID-19

Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19?

Sejak badai COVIID-19 melanda, keadaan ekonomi negara telah merosot. Seperti yang pernah dibahas dalam episod terdahulu, paras gaji pekerja telah menurun sebanyak 10% tahun lepas, dan selain itu sumbangan industri kecil sederhana (IKS) kepada ekonomi juga telah menurun 7.3% tahun lalu.

Kelangsungan IKS penting kerana mereka bukan sahaja menyumbang hampir 40% kepada KDNK negara, tetapi mereka juga menggaji hampir 50% tenaga kerja Malaysia.

Pada masa yang sama pakej-pakej bantuan yang disampaikan kerajaan masih tidak dapat menampung keperluan orang ramai yang dalam kesusahan dan perlukan bantuan asas seperti bahan makanan, gajet untuk pembelajaran anak-anak, dan barangan kebersihan wanita.

Setelah hampir 1 setengah tahun sejak PKP pertama, masyarakat rata-rata tidak mempunyai keyakinan tinggi terhadap peluang pertumbuhan ekonomi dalam masa terdekat, temasuklah dalam kalangan mereka yang baru hendak menyertai tenaga kerja.

Malah kita tidak boleh sekadar pulang ke asal, dan membenarkan kembalinya struktur ekonomi yang mengayakan hanya segelintir dan memerah hampir ke semua yang lain.

Ekonomi yang dibangunkan semula pasca pandemik perlulah bersifat lebih adil dan saksama, dan mementingkan kesejahteraan hidup rakyat, keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. Jelas kita perlu meninggalkan gaya hidup dan aktiviti yang bersifat eksploitasi dan hanya berkiblatkan keuntungan semata-mata.

Dalam finale musim ini,  Prof Jomo Kwame Sundaram, tokoh ekonomi negara, berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan ekonomi kita sejak era 80-an sehingga hari ini, dan implikasi tindakan-tindakan dasar yang diambil kepada kita hari ini. Dia juga menjelaskan sebab-sebab mengapa industri tempatan harus diperkasakan semula secara efektif, dan tidak hanya bergantung kepada aliran pelaburan dari luar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: