3 Isu Mesti Tahu: Kerjasama untuk siapa?

Kerjasama rentas kerajaan bawa apa?

Pemimpin tertinggi PH telah bertemu dengan Ismail Sabri untuk berbincang tentang kerjasama rentas parti. PH kemudiannya menyatakan pendirian untuk tidak mempersulitkan undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri di Parlimen.

Pada masa yang sama, kabinet ‘baru’ yang diumumkan membariskan muka-muka yang sama seperti kabinet Perikatan Nasional yang sama, kecuali dua tiga muka.

Adakah ini sahaja bakat-bakat yang di keliling Ismail Sabri dan UMNO sehingga tidak ada perkembangan yang ketara?

Pada masa yang sama, sehingga kini belum ada pemakluman sama ada tawaran-tawaran mantan PM Mahiaddin untuk mereformasi parlimen, menyamaratakan peruntukan kawasan, dan lain-lain akan dihulurkan sekali lagi.

Sekiranya kabinet dan pendekatan yang lebih kurang sama, apakah maknanya bagi PH untuk memberikan kerjasama, kerana semak imbang yang baik diperlukan.

Adakah gencatan politik ini sekadar talian hayat untuk Ismail Sabri sedangkan terma dan hasil yang diterima PH tidak jelas? Ini yang seharusnya dinyatakan dengan terang oleh semua pihak yang terbabit.

Dengar perbincangan lanjut isu-isu minggu ini di episod podcast terkini Waroeng Baru

Hak Antivaksin harus ambil kira risiko awam

Seorang anggota tentera telah diberhentikan kerja kerana menolak untuk divaksin, dan sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah.

Kesan perlindungan vaksin sudah dapat dilihat di Labuan, KL, dan Sarawak, dan kadar kematian mula menurun setelah berjaya capai kadar vaksinasi atas 80%.

Walaupun vaksinasi tidak diwajibkan, tetapi ia merupakan cara untuk mendapatkan imuniti kelompok bagi mengurangkan kadar pesakit kritikal dan kematian akibat COVID-19.

Sama ada kita bersetuju atau tidak, kelompok menolak vaksin juga ada hak untuk tidak divaksinasi, atas apa-apa sebab.

Namun syarat yang mewajibkan vaksinasi bukanlah baru, ia diperlukan untuk bekerja dalam sektor makan dan minum, untuk berkelana ke luar negara, dan menunaikan umrah.

Bagi menjaga kepentingan awam, mengekang penularan, dan mengelakkan perkhidmatan kesihatan terlebih beban, langkah-langkah memastikan keselamatan orang ramai adalah wajar tanpa melibatkan pemaksaan, lebih-lebih lagi semasa kadar kes masih tinggi dan bilangan kematian harian tinggi.

Mereka yang menolak divaksinasi juga tidak boleh memaksa orang untuk mengambil risiko jatuh sakit dan menyebarkan penyakit kepada mereka yang berimuniti lemah, hanya kerana mereka keluar bekerja atau melakukan aktiviti harian.

Antara dos sokongan dan meluaskan liputan vaksinasi

Kemunculan varian virus baru yang mungkin kurang terkesan dengan vaksinasi, serta tahap keberkesanan vaksin yang berkurang dengan masa telah menimbulkan cadangan memberikan dos sokongan khususnya di negara-negara kaya. 

Negeri-negeri miskin masih lagi tidak mendapat liputan 2 dos vaksin yang mencukupi, dan masih menanti penghantaran bekalan vaksin. Harga vaksin yang tinggi juga merupakan rintangan kepada usaha vaksinasi mereka. 

Kadar vaksinasi yang perlahan hanya akan menyebabkan penularan wabak di negeri-negeri miskin dan membangun, dan meletakkan tekanan pada sistem kesihatan mereka seperti yang telah kita telah lihat di India dan lembah Klang. 

Ia juga membuka ruang untuk varian-varian baru untuk muncul yang mungkin lebih berbahaya. 

Dalam negara pula, kita masih perlu memastikan negeri-negeri yang kadar vaksinasinya masih rendah, golongan yang tidak berdokumen, dan kanak-kanak juga telah divaksinasi sepenuhnya sebelum kita menumpukan usaha kepada pemberian dos sokongan kepada golongan yang telah divaksinasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: