
Setelah berbulan menanti parlimen buka, ia dibuka dan ditutup dalam masa seminggu dan disusuli perubahan kerajaan dalam masa seminggu.
Pada masa yang sama, perubahan perdana menteri pula berlaku hampir keseluruhannya disebabkan aktiviti luar parlimen, dan keputusan-keputusan yang dibuat sejak awal tahun ini masih belum dapat diperbahaskan dengan khusus.
Episod kali ini menampilkan Idzuafi Hadi Kamilan, Pengarah Eksekutif di Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), yang memberikan pandangan dan penjelasan beliau tentang perkembangan-perkembangan badan perundangan tertinggi negara.
Kita juga membincangkan perjanjian rentas parti atau CSA, hak anti-vaksin, dan kewajaran mempercepatkan dos sokongan vaksin.
Episod ini dirakam pada 28 Ogos 2021.
Kandungan episod:
3 isu perlu tahu | 02:02.7 |
Perlukah CSA ? | 02:28.2 |
Hak golongan anti-vaksin | 11:58.4 |
Antara dos sokongan dan meluaskan liputan | 19:21.4 |
Pengenalan topik reformasi parlimen | 29:36.2 |
Kegunaan undi percaya | 33:56.7 |
Beza SD dan undi tidak percaya | 42:46.9 |
Kenapa tidak dikaji balik undang-undang parlimen | 48:59.0 |
Undi tidak percaya boleh jadikan kerajaan lebih stabil? | 51:17.8 |
Adakah undi kita bermakna | 54:09.5 |
Mekanisme pembaharuan yang boleh diperkenalkan | 58:35.0 |
Nak buat apa minggu ini? | 32:28.2 |