Hari ini terdapat lebih 23,000 orang doctor kontrak yang berkhidmat dalam system kesihatan awam sejak 2016, dan masa hadapan mereka masih belum jelas.
Pada masa yang sama, setiap tahun perbelanjaan awam untuk kesihatan meningkat sekitar RM1 ke RM2 bilion, dan untuk tahun 2021, peruntukan untuk Kementerian Kesihatan sebanyak RM31.9 bilion
Perbelanjaan dan peruntukan untuk kakitangan kontrak kesihatan pula meningkat hampir enam kali ganda daripada tahun 2018 ke 2021, daripada RM 321.6 juta ke RM1.9 bilion. Namun, hanya 786 doktor telah diserap sejak 2016.
Kita mendapatkan perkembangan lanjut tentang isu doktor kontrak dan hartal yang dirancang bersama Dr Sabarina daripada Hartal Doktor Kontrak, dan penjelasan tentang apa yang dituntut gerakan tersebut.
Pada masa yang sama, sistem kesihatan awam sangat memerlukan pembaharuan untuk memenuhi keperluan semasa, yang antaranya disebabkan kekurangan kakitangan, akses perkhidmatan kesihatan yang terhad, dan perbelanjaan kesihatan peribadi yang semakin tinggi.
Jika tiada tindakan drastik diambil untuk memperbaiki penyampaian sistem kesihatan, ia akan membawa kesan buruk kepada kualiti kesihatan dan kehidupan rakyat khususnya golongan miskin dan luar bandar.
Isu ini berlarutan, antaranya disebabkan usaha rasionalisasi penjawat awam yang masih berlangsung yang memberi kesan kepada jumlah peluang pekerjaan sektor awam, bukan sahaja bidang perubatan.
Jelas sekali isu doktor kontrak ini mendapat sokongan dari ramai pihak, termasuk KKM sendiri, tetapi ia masih tidak mendapat kata putus.
Perdana Menteri pada minggu lalu mengumumkan bahawa isu ini akan dibincangkan di mesyuarat kabinet, tetapi sehingga tarikh rakaman ini tiada keputusan telah diumumkan.
Ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan pekerjaan doctor kontrak sendiri tetapi mengundang masalah yang lebih besar untuk system kesihatan awam sekiranya mereka tidak meneruskan perkhidmatan mereka setelah tamat tempoh kontrak sedia ada.
Kandungan episod
Demonstrasi di dataran dan cepatnya kompaun | 01:23.3 |
Penjenamaan semula Majlis Pemulihan Negara | 06:13.7 |
Pengenalan Hartal Dr Kontrak | 14:53.5 |
Apa status semasa Dr Kontrak | 18:00.4 |
Mengapa berkhidmat di sektor swasta bukan satu pilihan? | 25:39.4 |
Gerakan hartal ini tidak mendatangkan risiko kepada dr-dr sendiri? | 30:47.0 |
Mengapa kami buat hartal | 42:07.1 |
Apa istimewanya doktor kontrak? | 45:52.6 |
Rakyat sangat bergantung kepada sektor kesihatan awam | 50:14.0 |
Kesan korupsi dalam sistem | 57:41.5 |
Apa akan berlaku pada hari hartal | 01:21.8 |
Pilihan minggu ini | 11:32.0 |
Bacaan lanjut:
- KKM Perlu Peruntukan Tambahan, Doktor Kontrak Perlu Diserap
https://ekonomirakyat.com.my/kkm-perlu-peruntukan-tambahan-doktor-kontrak-perlu-diserap/ - Malaysia punyai seramai 71,041 doktor perubatan – Menteri Kesihatan
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-punyai-seramai-71041-doktor-perubatan-menteri-kesihatan-253882 - Pelan Strategik KKM
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Pelan_Strategik_KKM.pdf - Kabinet akan bincang rayuan doktor kontrak – Muhyiddin
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/838940/kabinet-akan-bincang-rayuan-doktor-kontrak-muhyiddin - Experts tell why Malaysia needs health reform act
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/05/09/experts-tell-why-malaysia-needs-health-reform-act/ - What Lies Ahead for Malaysian Healthcare?
https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/ISEAS_Economics_Working_Paper_2015-04-01.pdf - Malaysia National Health Accounts 1997-2017
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Penerbitan%20Utama/MNHA/Laporan_MNHA_Health_Expenditure_Report_1997-2017_03122019.pdf
One thought on “Di sebalik gerakan hartal: doktor kontrak puas menanti kepastian”