Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja

Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu ini skim kontrak ini dan ketidaktentuan pekerjaan dan peluang khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun, dan dengan keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang.

Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum dirawat sehingga hari ini.

Kita juga membincangkan perkembangan terkini tentang perbahasan pembukaan semula Parlimen, dan sama ada ia hanya taktik melengahkan sedangkan penyelesaian perlu dicapai segera untuk mengubah kadar kematian, kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan yang semakin mengeruh.

Episod ini juga melihat perkembangan terkini rang undang-undang di Amerika untuk mengawal dan memecah monopoli dalam kalangan syarikat gergasi teknologi, agar dapat mewujudkan lapangan persaingan yang lebih sihat.

Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di http://www.patreon.com/waroengbaru

Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia?

Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).

Episod ini dirakam pada 26 Jun 2021

Kandungan episod

  1. Siapa boleh buka parlimen?                         1:26
  2. RUU pecah monopoli syarikat gergasi teknologi di USA    22:05
  3. Hartal Doktor Kontrak                                    41:19
  4. Latar belakang doktor kontrak                    42:48
  5. Terlebih graduan, kurang doctor                56:21
  6. Pengalaman negara-negara lain                 1:02:08
  7. Kelestarian kerjaya perubatan                    1:07:47
  8. Solidariti untuk usaha melindungi pekerja             1:15:14
  9. Cadangan-cadangan minggu ini                  1:24:30

Bahan Rujukan

Penjelasan Peguam Negara berhubung isu persidangan parlimen – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832071/penjelasan-peguam-negara-berhubung-isu-persidangan-parlimen

Agong bertindak atas nasihat PM, sokongan Ahli Parlimen jadi penentu, kata pakar – https://www.msn.com/en-my/news/berita/agong-bertindak-atas-nasihat-pm-sokongan-ahli-parlimen-jadi-penentu-kata-pakar/ar-AALoR1o

Big Tech edges closer to break up after deeply unhinged – https://www.theverge.com/2021/6/24/22549025/big-tech-antitrust-amazon-apple-facebook-google-house-judiciary-jim-jordan

Goliath review: Wall Street, Main Street … and Warren as McGovern -2.0? https://www.theguardian.com/us-news/2019/oct/19/goliath-review-wall-street-elizabeth-warren

The Big Tech antitrust report has one big conclusion: Amazon, Apple, Facebook, and Google are anti-competitive – https://www.vox.com/recode/2020/10/6/21505027/congress-big-tech-antitrust-report-facebook-google-amazon-apple-mark-zuckerberg-jeff-bezos-tim-cook

Hartal Doktor Kontrak

Twitter Hartal Doktor Kontrak – https://twitter.com/HKontrak

Kenyataan MMA – https://www.facebook.com/101568508523307/posts/199852672028223/

NHS Hot Topics – Junior Doctor Contract and Strikes – https://themsag.com/blogs/nhs-hot-topics/nhs-hot-topics-junior-doctor-contract-and-strikes

Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: