Darurat YAB PM Yang Berpandangan Jauh (Abah Serba Tahu)

Kita yakin dan percaya bahawa kita mampu mengelak bencana akibat gelombang ini seperti yang dialami India. Di sana, ribuan terkorban setiap hari kerana tidak mampu menerima perhatian perubatan dan hospital kekurangan bekalan oksigen. Dalam negara kita, katil-katil di wad ICU masih belum dipenuhi lagi, maka belum ada masalah. Kepala kerajaan kita tidak akan membenarkan suasana menjadi lebih buruk, of course, maka tidak perlulah kita risau.

Maka kini terbuktilah kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam memohon deklarasi darurat awal tahun ini. Perdana Menteri kita telah memandang lebih jauh bagi menyediakan rakyat jelata akan suasana COVID-19 yang semakin marak. Kita orang biasa yang pendek akalnya mungkin menyangka setelah setahun masalah Covid ini dapat dikawal, namun jelas kita salah. Kini setiap hari ini mencatatkan bilangan kes baru melangkaui 3,000 kes, tanpa ada petanda curam ini bakal melandai dalam masa terdekat. Abah serba tahu.

Barangkali hikmah darurat ini jugalah yang membenarkan warga Malaysia untuk meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun bilangan kes mendaki menuju paras yang semakin tinggi. Kita sudah yakin dengan kemampuan kita untuk memenuhi SOP di sekolah, tempat kerja, pasar malam, dan masjid yang dipercayai dapat mengekang peningkatan kes. Walaupun SOP ini sudah ditetapkan untuk beberapa bulan, dan jumlah kes meningkat mendadak dalam masa tersebut, ini tidaklah dipersoalkan orang ramai. Tidaklah kita semua ini pasrah, atau silau mata setelah diberi i-Sinar. Abah lebih mengetahui.

Dalam keadaan yang bertambah meruncing ini, enakmen-enakmen darurat yang memberikan kuasa besar kepada kerajaan untuk mengurus suasana ini sudah tentu akan digunakan bila-bila masa sahaja. Bukan enakmen yang membenarkan denda berpuluh-puluh ribu kepada peniaga tepi jalan dan bukan VVIP, tetapi yang membenarkan kerajaan mengambil dan mengarahkan penggunaan ruang dan kemudahan seperti mana perlu untuk menangani wabak ini. YAB Perdana Menteri sudah bersiap-siaga untuk menghadapi suasana ini dan jarinya sudah sedia untuk menarik pemicu. Abah sentiasa bersedia. 

Bila-bila masa sahaja.

Sebelum terlambat.

Sebelum sistem kesihatan lumpuh.

Kita setia menanti kebijaksanaan barisan jemaah menteri untuk memperkenalkan lagi langkah-langkah yang berpandangan jauh untuk membawa kita semua  keluar daripada kancah ini. Kesibukan bulan Ramadhan mungkin menjadi sedikit halangan untuk membuat keputusan. Maklumlah, dalam suasana lapar dan dahaga, dan juga tumpuan kepada ibadah dan terawih,  keutamaan haruslah tepat. Kita tidak mahu mereka rasa tertekan dan membuat keputusan secara terburu-buru, dan kemudian terpaksa mengolah kembali keputusan tersebut. Kita haruslah bersabar dan berpandangan baik. Abah juga manusia.

Kita yakin dan percaya bahawa kita mampu mengelak bencana akibat gelombang ini seperti yang dialami India. Di sana, ribuan terkorban setiap hari kerana tidak mampu menerima perhatian perubatan dan hospital kekurangan bekalan oksigen. Dalam negara kita, katil-katil di wad ICU masih belum dipenuhi lagi, maka belum ada masalah. Kepala kerajaan kita tidak akan membenarkan suasana menjadi lebih buruk, of course, maka tidak perlulah kita risau. Abah jaga Malaysia.

Teruskanlah bekerja dan membeli-belah! Ekonomi kita perlu terus mandiri dan maju demi pembangunan negara. Covid ini tidak akan hilang dalam masa sehari-dua, jadi tidak adillah untuk kita terus mahu mengharapkan belas kasihan daripada kerajaan sebagai sumber mata pencarian. Contohilah para pemimpin yang diberi jawatan tertinggi dalam pelbagai jabatan dan syarikat milik kerajaan kerana kebolehan dan tauladan mereka, yang sesuai dengan gaji mereka terima. Dan seperti mereka juga, kita mestilah ikut SOP seperti yang telah ditetapkan apabila keluar mencari rezeki, kerana ia tentu dapat melindungi anda daripada covid. Sekiranya tidak, jangan burukkan kerajaan kerana terpaksa mengambil tindakan. Nanti Abah rotan.

Tenang sahaja, semuanya berjalan lancar. Bekalan vaksin melebihi jumlah pemohon maka semua yang mahukan vaksin akan terima nanti. Jikalau tak mampu tunggu terlalu lama, anda juga boleh memohon untuk terima vaksin Astra Zeneca lebih awal sementara stok masih ada.  Anak-anak persekolahan juga bakal menerima komputer riba mereka pada masa yang sepatutnya, apabila mereka kembali ke pengajian atas talian selepas raya. PKP secara bersasaran juga diadakan di tempat yang memerlukannya, dan bukan semestinya negeri atau daerah yang mempunyai peningkatan kes tertinggi. Kerajaan mendengar, mengambil maklum, dan mengalu-alukan cadangan. Abah sentiasa mendengar.

Syukurlah kita punyai pemerintah yang cakna dengan suasana semasa dan tidak perlu ditegur-tegur, atau dimarah-marah. Kita berjaya buktikan tidak perlu adanya parlimen untuk kerajaan menjadi bertanggungjawab dan tangkas. Mujurlah begitu, kerana seperti mana kita tahu, parlimen itulah ruang yang paling berbahaya ketika Covid. Barangkali kerana di sana terdapat varian virus kalis vaksinasi yang membahayakan pemimpin negara yang kita kasihi. Abah lebih tahu.


Waroeng Baru ialah sebuah kolektif yang memperjuangkan masyarakat mandiri, bermaruah dan bermartabat. Ikut Waroeng Baru di Facebook, Twitter, dan Youtube.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: